Monday, 31 January 2011

Pilihanraya Oh Pilihanraya

Keputusan pilihanraya Dun Tenang telah diketahui. Rakyat di tenang secara majoritinya telah memilih calon Barisan Nasional sebagai wakil mereka untuk merubah nasib mereka kepada yang lebih baik. Bagi yang menang, tunaikanlah amanah yang telah diamanahkan dengan sebaiknya dan berkhidmatlah dengan penuh keikhlasan demi untuk kesejahteraan rakyat sesuai dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Daripada pilihanraya ini juga, kita dapat lihat bagaimana proses sistem demokrasi berjalan di mana rakyat menggunakan kuasa mereka melalui saluran pilihanraya bagi mereka memilih siapa yang layak memerintah negara ini. Pilihan yang dibuat oleh rakyat menunjukkan keyakinan mereka kepada pihak pemerintah dalam menjaga kebajikan mereka dan anak cucu mereka kelak. Bagi yang menang, hendaklah menjadikan kejayaan sesuatu pilihanraya ini sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan segala tuntutan dan janji yang telah ditabur pastikan ia terlaksana. Ini penting kerana rakyat pada masa sekarang semakin bijak dalam menilai apa yang dibuat oleh para pemimpin. Selain itu ditambah pula sekarang dengan adanya pelbagai saluran ICT yang boleh mereka gunakan untuk menilai khidmat seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk prestasinya.

Jadi, pilihanraya di Tenang telahpun menjadi salah satu titik sejarah dalam negara kita, walau apa jua isu yang telah dilontarkan sepanjang kempen pilihanraya telah dijawab melalui pilihan pengundi atau rakyat di Dun Tenang. Semoga Dun Tenang akan kembali "TENANG" seperti sedia kala selepas ini.....Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...