Sekarang ini aku berada di bandar Kuala Terengganu. Bertambah sibuk bandar ini sekarang. Destinasi aku yang pertama ialah Maybank & RHB Bank. So, apabila tiba sahaja di hadapan bank, kelihatan beberapa orang pegawai penguatkuasa bersama dengan buku samannya sedang berdiri menanti sesiapa sahaja yang parking di hadapan bank itu untuk disaman.
Keadaan di situ memang menjadi sibuk disebabkan ramai orang nak ke bank tetapi tak boleh nak parking berhampiran dengan bank & terpaksa mencari tempat parking yang jauh semata-mata nak ke bank. Inilah masalah yang aku lihat di bandar Kuala Terengganu ini iaitu kurangnya tempat parking kereta terutama berhampiran dengan tempat tumpuan ramai seperti bank. So, terpaksalah aku menurunkan isteri untuk urusan ke bank dan aku pusing-pusing dulu bersama anak sebelum mengambilnya semula apabila urusannya selesai. Itulah yang berlaku kepada kebanyakan orang yang nak berurusan dengan bank terutamanya untuk urusan mesin ATM & CASH DEPOSIT.
No comments:
Post a Comment