Sunday, 30 January 2011
Badminton Terbuka Korea 2011..
Baru selesai menonton perlawanan badminton terbuka Korea antara Lee Chong Wei vs Lin Dan. Harapan untuk melihat Chong Wei menewaskan musuh tradisinya itu berkecai apabila Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan dengan keputusan 19-21, 21-14, 16-21. Tetapi untuk game malam ini aku memberikan kredit & tabik kepada Datuk Lee Chong Wei di atas semangat berlawan yang menarik yang dipamerkan. Sesungguhnya aksi Chong Wei itu dapat membuatkan Lin Dan bertungkus lumus untuk membalas setiap pukulan bola Chong Wei yang banyak mengelirukannya. Biasalah adat permainan, ada kalah dan ada yang menang..Apa yang penting ialah semangat juang yang tinggi, bukannya terus menyerah kalah begitu sahaja...Untuk itu, syabas dan tahniah buat Chong Wei di atas aksi hebat di gelanggang tadi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment