Sunday, 30 January 2011

Aku & Tahun 2011

Dah lama tak update blog ni..biasa la awal-awal persekolahan ni, sibuk ngan kemaskini data. Ni baru ada masa skit nak tgk blog ni. Untuk tahun 2011 ni, aku telah diamanahkan untuk mengajar subjek Sejarah Tingkatan 3, 2 & 1..Satu cabaran bagi aku sebenarnya kerana kelas yang diberikan untukku hampir kesemuanya adalah kelas hadapan dan kelas harapan untuk menaikkan nama sekolah. Jadi persediaan aku untuk tahun 2011 ini kenalah lebih baik berbanding tahun 2010. Bila sebut tahun 2010 ni juga, ia merupakan tahun bersejarah untuk mata pelajaran Sejarah kerana pada tahun 2010, keputusan PMR untuk Sejarah adalah meningkat dari 87.8% kepada 93.9% dan ini merupakan keputusan yang paling baik sejak tahun 2003. TAHNIAH cikgu ucapkan kepada semua anak didik cikgu yang berjaya lulus dalam SEJARAH PMR Tahun 2010. Sekalung Syabas dan Tahniah juga buat yang mendapat A...korang memang hebat. Jadi untuk tahun ini, cikgu harapkan agar pelajar Tingkatan 3 akan dapat meneruskan kecemerlangan ini dan cikgu akan pastikan kamu semua berjaya dengan syarat pelajar mesti FOKUS....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...