Published with Blogger-droid v1.7.4
Saturday, 27 August 2011
balik kampung hari raya
Alhamdulillah..aku dah selamat sampai ke kampung halaman utk cuti berhari raya..banyak betul kereta di jalan raya..pemanduan perlukan tahap fokus yg maksimum time2 camni..kepada yg dlm perjalanan tu, hati2 di jalan raya.
Monday, 22 August 2011
Minggu mood raya
Minggu ni minggu last persekolahan sblm cuti berhari raya..so kiranya minggu ni dlm mood nak raya la agaknya utk semua pelajar dan guru..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Thursday, 19 May 2011
KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011 : CARA PELAKSANAAN ELEMEN 3
Di sini dilampirkan cara pelaksanaan / penghasilan Elemen 3 untuk rujukan para pelajar semua. Semoga dapat membantu kalian.
Untuk muat turun fail, Sila klik di sini.
"Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun"

Tuesday, 10 May 2011
FORMAT ELEMEN 2 KERJA KURSUS SEJARAH 2011
Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Kepada semua pelajar Tingkatan 3, di sini cikgu lampirkan format penyediaan Elemen 2 untuk rujukan kamu semua...Selamat Berjuang...
Sila muat turun fail di bawah ini :
Format Elemen 2 Kerja Kursus Sejarah 2011

Tuesday, 15 March 2011
Balik Kampung di Sungai Tong
Dah lama tak update blog ni...sibuk kebelakangan ini menyebabkan kerja mengemaskini tergendala seketika..So, cuti sekolah yang ada ini digunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk kemaskini blog ni. Sempena cuti sekolah ini, aku ambil kesempatan melawat Ki @ Mok di Sungai Tong..yelah, bukan selalu balik kampung ni..time2 camnilah je la aku berkesempatan melawat diorang..Di samping tu jugak aku ambik kesempatan mengunjungi umah baru pak sedara aku jugak yang tak berapa jauh dari situ..
Beli kuih dulu... |
Di umah Ki - Sungai Tong |
Disambut oleh kucing ini yang kerinduan tuannya.. |
Sempat lagi keluarkan peluh sekejap.. |
hidangan kuih muih tradisional tempatan..sila menjamu selera |
Di rumah pak sedara - Ayah Im |
Belum pernah sampai sini sebelum ni |
Airil - sepupuku |
Tuesday, 8 February 2011
Bahan Sumber untuk Elemen 1 Kerja Kursus Sejarah 2011
Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat para pelajar sekalian,
Di sini cikgu lampirkan beberapa buah buku & majalah serta sumber internet yang boleh digunakan oleh para pelajar sebagai bahan sumber untuk elemen 1 dan digunakan sebagai isi kajian Kerja Kursus Sejarah 2011 yang berkaitan dengan institusi pentadbiran tempatan. Harap dapat membantu kalian semua...Jumpa lagi.
Sumber Internet ( PBT di Johor)
http://www.mbjb.gov.my/web/guest/home
http://www.mpjbt.gov.my/web/guest/home
http://www.mpkulai.gov.my/web/guest/home
Sumber Internet ( Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah)
http://www.felda.net.my/feldav2/home
http://www.felcra.com.my/home
http://www.kejora.gov.my/web/guest/home
http://www.ketengah.gov.my/web/guest/home
Contoh sumber Buku Ilmiah
Contoh Sumber Majalah

![]() |
Buku ilmiah yang mempunyai maklumat tentang FELDA & FELCRA |
![]() |
Buku Ilmiah yang mempunyai maklumat tentang PBT |
Contoh Sumber Majalah
![]() | |
Majalah holistik yang ada mempunyai maklumat tentang PBT di Negeri Johor |
Sunday, 6 February 2011
KERJA KURSUS SEJARAH (21/2) TAHUN 2011
Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 @ Calon PMR 2011,
Tajuk kerja kursus sejarah Tahun 2011 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. Tempoh pelaksanaannya ialah bermula Februari - Julai 2011. Di sini dilampirkan Tajuk Kerja Kursus (format .pdf) untuk dimuat turun dan dicetak oleh para pelajar sebagai rujukan.
Kerja_kursus_sejarah_2011

Kembali ke JB...
Tarikh : 05/02/2011 (Sabtu)
Aku bertolak dari umah jam 10.15 pagi bergerak ke Johor Bahru bagi meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Sepanjang perjalanan, keadaan trafik adalah bergerak lancar dan jumlah kenderaan di jalan raya pun tak la banyak sangat seperti yang disangkakan. Maklumlah time2 cuti sekolah sempena perayaan ni biasanya jalan akan sesak dengan kenderaan. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan Mersing untuk pulang ke Johor Bahru kerana bimbang kot-kot jalan Segamat tak diapat dilalui kerana bencana banjir. Tapi risau jugak sebenarnya takut Jalan Kota Tinggi tak boleh lalu sebab sebelum ni dilaporkan dinaiki air juga. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang bencana alam yang berlaku. Cuaca pun baik sepanjang perjalanan.
Dalam perjalanan itu, aku berhenti di beberapa tempat untuk berehat, makan & solat. Semasa berhenti solat di Masjid Kg. Nenasi, Pekan, Pahang, kelihatan beberapa ekor unta dipelihara di situ. Mungkin ia dibeli oleh pihak masjid untuk disimpan bagi ucara Korban masa raya haji nanti kot. Ramai jugak la yang mengambil gambar kenangan bersama unta-unta itu termasuklah aku..hehehe...maklumla, bukan senang nak tgk unta secara live depan mata..bukan leh jumpa di mana-mana..Perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 10 jam dan aku selamat sampai di Jb jam 8.20 mlm. Alhamdulillah...ok, jumpa lagi..

Budak-budak sedang beri makan pada unta |
![]() |
Posing makhluk Tuhan bernama unta |
![]() |
Unta di Malaysia |
Thursday, 3 February 2011
Selamat Tahun Baru Cina
![]() |
Selamat Tahun Baru Cina |
Di kesempatan ini, saya & keluarga ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU CINA" kepada kenalan dan para pelajar kaum cina yang menyambutnya. Semoga kalian berada dalam keadaan yang bahagia bersama keluarga tercinta...Gong Xi Fai Cai..
Jom Pakat Gi Jalan-Jalan : Trip Ke LA Hot Spring (Kolam Air Panas Kg. LA)
Tarikh : 02 Februari 2011 (Rabu)
Masa : Bermula jam 10.00 pagi
Sempena cuti sekolah macam ni la ada peluang untuk bawa keluarga berjalan-jalan dan melancong. So, distinasi pelancongan hari ini ialah Kolam Air Panas Kampung La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring. Destinasi ini terletak kira-kira 25 KM dari bandar Jerteh, Besut, Terengganu.
Selain daripada keluarga aku, aku ke sini juga bersama-sama member-member dari Kota Bharu, Kelantan yang belum pernah sampai ke sini. Bayaran masuk ke LA Hot Spring adalah sekadar RM2 sahaja untuk satu kereta. Ok la tu kan..lagipun bayaran itu adalah untuk sumbangan bagi menaik taraf tempat pelancongan tersebut supaya lebih memberi keselesaaan kepada pengunjung yang datang. Ketika aku sampai di sana, kelihatan ramai juga pengunjung lain yang tiba lebih awal dan bilangannya boleh dikatakan ramai berbanding hari biasa, maklumlah musim cuti sekolah agaknya.
Kolam air panas ini menjadi tumpuan kerana air panas yang terdapat di situ adalah air panas yang asli yang keluar dari dalam tanah. Kepanasannya adalah boleh mencecah kira-kira 80 darjah calcius. Ramai juga yang datang ke situ semata-mata untuk merendam kaki mereka kerana dikatakan boleh melancarkan peredaran darah. Bagi aku tempat ini bagus untuk merehatkan minda dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan tahap kesihatan selain dapat berkelah bersama-sama keluarga. Kemudahan asas yang disediakan di sini juga mencukupi dengan adanya tandas awam, bilik persalinan, surau, gerai makan dan tempat letak kenderaan. Jalan raya ke sini juga dalam keadaan yang baik dan telah dinaik taraf..ala-ala macam highway dah sekarang jalannya. So, kalau anda semua perlukan satu tempat yang nyaman, jauh dari kesibukan kota dan pencemaran alam, ini merupakan salah satu tempat yang baik dan menarik boleh dilawati bersama seisi keluarga....jumpa lagi.

Kolam Air Panas..Untuk kesihatan |
Punca air panas dari dalam tanah |
Kolam Air panas.. |
Air terjun dari kawasan air panas ke kawasan sungai |
Monday, 31 January 2011
Masalah Parking di Kuala Terengganu
Sekarang ini aku berada di bandar Kuala Terengganu. Bertambah sibuk bandar ini sekarang. Destinasi aku yang pertama ialah Maybank & RHB Bank. So, apabila tiba sahaja di hadapan bank, kelihatan beberapa orang pegawai penguatkuasa bersama dengan buku samannya sedang berdiri menanti sesiapa sahaja yang parking di hadapan bank itu untuk disaman.
Keadaan di situ memang menjadi sibuk disebabkan ramai orang nak ke bank tetapi tak boleh nak parking berhampiran dengan bank & terpaksa mencari tempat parking yang jauh semata-mata nak ke bank. Inilah masalah yang aku lihat di bandar Kuala Terengganu ini iaitu kurangnya tempat parking kereta terutama berhampiran dengan tempat tumpuan ramai seperti bank. So, terpaksalah aku menurunkan isteri untuk urusan ke bank dan aku pusing-pusing dulu bersama anak sebelum mengambilnya semula apabila urusannya selesai. Itulah yang berlaku kepada kebanyakan orang yang nak berurusan dengan bank terutamanya untuk urusan mesin ATM & CASH DEPOSIT.

Pilihanraya Oh Pilihanraya
Keputusan pilihanraya Dun Tenang telah diketahui. Rakyat di tenang secara majoritinya telah memilih calon Barisan Nasional sebagai wakil mereka untuk merubah nasib mereka kepada yang lebih baik. Bagi yang menang, tunaikanlah amanah yang telah diamanahkan dengan sebaiknya dan berkhidmatlah dengan penuh keikhlasan demi untuk kesejahteraan rakyat sesuai dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Daripada pilihanraya ini juga, kita dapat lihat bagaimana proses sistem demokrasi berjalan di mana rakyat menggunakan kuasa mereka melalui saluran pilihanraya bagi mereka memilih siapa yang layak memerintah negara ini. Pilihan yang dibuat oleh rakyat menunjukkan keyakinan mereka kepada pihak pemerintah dalam menjaga kebajikan mereka dan anak cucu mereka kelak. Bagi yang menang, hendaklah menjadikan kejayaan sesuatu pilihanraya ini sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan segala tuntutan dan janji yang telah ditabur pastikan ia terlaksana. Ini penting kerana rakyat pada masa sekarang semakin bijak dalam menilai apa yang dibuat oleh para pemimpin. Selain itu ditambah pula sekarang dengan adanya pelbagai saluran ICT yang boleh mereka gunakan untuk menilai khidmat seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk prestasinya.
Jadi, pilihanraya di Tenang telahpun menjadi salah satu titik sejarah dalam negara kita, walau apa jua isu yang telah dilontarkan sepanjang kempen pilihanraya telah dijawab melalui pilihan pengundi atau rakyat di Dun Tenang. Semoga Dun Tenang akan kembali "TENANG" seperti sedia kala selepas ini.....Jumpa lagi.

Sunday, 30 January 2011
Badminton Terbuka Korea 2011..
Baru selesai menonton perlawanan badminton terbuka Korea antara Lee Chong Wei vs Lin Dan. Harapan untuk melihat Chong Wei menewaskan musuh tradisinya itu berkecai apabila Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan dengan keputusan 19-21, 21-14, 16-21. Tetapi untuk game malam ini aku memberikan kredit & tabik kepada Datuk Lee Chong Wei di atas semangat berlawan yang menarik yang dipamerkan. Sesungguhnya aksi Chong Wei itu dapat membuatkan Lin Dan bertungkus lumus untuk membalas setiap pukulan bola Chong Wei yang banyak mengelirukannya. Biasalah adat permainan, ada kalah dan ada yang menang..Apa yang penting ialah semangat juang yang tinggi, bukannya terus menyerah kalah begitu sahaja...Untuk itu, syabas dan tahniah buat Chong Wei di atas aksi hebat di gelanggang tadi..
Bercuti di kampung..
Aku sekarang berada di kampung, pulang sempena cuti sekolah hari raya cina. Kaum Cina beraya, aku lak yang bercuti sakan..hehe, abis tu dah diberikan cuti, manfaatkanlah..betul tak?So, sempena cuti ni, aku ingat hanya nak berehat bersama keluarga tercinta. Almaklumlah, bukan senang nak balik kampung camni, so time inilah digunakan untuk bantu keluarga apa yang patut..ok, aku stop dulu di sini, jumpa lagi lain kali..
Aku & Tahun 2011
Dah lama tak update blog ni..biasa la awal-awal persekolahan ni, sibuk ngan kemaskini data. Ni baru ada masa skit nak tgk blog ni. Untuk tahun 2011 ni, aku telah diamanahkan untuk mengajar subjek Sejarah Tingkatan 3, 2 & 1..Satu cabaran bagi aku sebenarnya kerana kelas yang diberikan untukku hampir kesemuanya adalah kelas hadapan dan kelas harapan untuk menaikkan nama sekolah. Jadi persediaan aku untuk tahun 2011 ini kenalah lebih baik berbanding tahun 2010. Bila sebut tahun 2010 ni juga, ia merupakan tahun bersejarah untuk mata pelajaran Sejarah kerana pada tahun 2010, keputusan PMR untuk Sejarah adalah meningkat dari 87.8% kepada 93.9% dan ini merupakan keputusan yang paling baik sejak tahun 2003. TAHNIAH cikgu ucapkan kepada semua anak didik cikgu yang berjaya lulus dalam SEJARAH PMR Tahun 2010. Sekalung Syabas dan Tahniah juga buat yang mendapat A...korang memang hebat. Jadi untuk tahun ini, cikgu harapkan agar pelajar Tingkatan 3 akan dapat meneruskan kecemerlangan ini dan cikgu akan pastikan kamu semua berjaya dengan syarat pelajar mesti FOKUS....
Subscribe to:
Posts (Atom)