Tarikh : 4 & 5 November 2010
Lokasi : Bandaraya Melaka Maju 2010
Sempena cuti Deepavalli tahun ni, bawa family bercuti di Melaka. Rancangan nak ke Melaka ni asyik tertangguh sahaja sebelum ni..Alhamdulillah tercapai jua akhirnya. Mulanya cam tak jadi jugak sebab hotel belum booking lagi..pagi itu jugak wife aku call hotel. Setelah menghubungi beberapa buah hotel, kami membuat keputusan untuk menginap di Hotel Rainnesain..Alhamdulillah, mujurlah masih ada kosong untuk tarikh yang kami nak pi sana. So, apa lagi bermulalah trip menjelajah Negeri Melaka yang beru dinobatkan sebagai sebuah negeri maju tahun 2010.
HARI PERTAMA ( 4.11.2010 )
Bertolak dari JB jam 12.20 tgh hari dan sampai di Melaka jam 2.30 ptg..so JB - Melaka just mengambil masa 2 jam lebih jer..Dekat je kan..sampai je sana kami terus mencari lokasi Hotel Rainnesain tu yang terletak lebih krg 2 KM dari bandaraya Melaka...Sampai di Hotel kitorang rehat sekejap sambil melihat permandangan Indah bandaraya Melaka. Kebetulan bilik kami menghadap Sungai Melaka yang begitu bersih dan cantik sekarang. Sungai Melaka sekarang telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang hadir kerana ia menyediakan perkhidmatan River Cruise yang akan menyusuri sungai Melaka. Setelah 2 jam berehat, penjelajahan kami bermula. Tempat yang mula-mula ditujui ialah Dataran Pahlawan sebab kat situ banyak tempat parking. Tempat parkingnya menggunakan kupon, so kenalah beli kupon dulu. Dataran ini berhampiran dengan Menara Taming Sari dan Pahlawan Mall serta Mahkota Parade. Jadi pada hari ini kami merancang untuk melawat Muzium Samudera terlebih dahulu..
Di hadapan Menara Taming Sari yang berhampiran dengan tempat aku parking kereta.
Muzium Samudera....
HARI KE-2 ( 5.11.2010 )
Hari ke-2 aku melawat A Famosa & Memorial Kemerdekaan Negara kita. Bagi aku tak lengkap lawatan ke Melaka jika tak melawat tempat bersejarah ini. Bila berada di hadapan A Famosa, aku teringatkan kisah Portugis Menawan Melaka pada tahun 1511 dan bila aku berada di hadapan Memorial Kemerdekaan, aku dapat merasakan aku sedang berada di perhimpunan di mana tarikh kemerdekaan negara diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman sekembalinya rombongan beliau dari London. Di sinilah tempatnya...Ini menambahkan lagi pengalaman dan ilmu pengetahuanku terhadap Sejarah Negara kita dan akan aku sampaikan ilmu ini kepada para pelajarku untuk mata pelajaran Sejarah dengan lebih mendalam.
Memorial Kemerdekaan Negara
A Famosa
Terserempak pula aku ngan bekas Menteri Luar, Datuk Sri Syed Hamid Albar dan family..
Dalam Memorial..
View dari hotel...Kebetulan ada Monorel yang baru mula beroperasi bergerak menyusuri Sungai Melaka..Lain kali bila datang sini, naik monorel laa plak...
No comments:
Post a Comment