Tarikh : 13 November 2010
Lokasi : Hotel New York, JB
Mood : Happy
Pada hari ini aku menghadiri majlis Hi-Tea sekolah aku. Hadir bersama isteri dan anak tercinta. Majlis bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 ptg. Ini kiranya cam jamuan akhir tahun la untuk sesi 2010. Antara acara yang dijalankan dalam majlis ini adalah seperti acara cabutan bertuah, makan (semestinya) dan karaoke. Tapi bagi aku la, majlis ini berlangsung agak hambar berbanding tahun-tahun yang lepas. ini pendapat peribadi je la sebabnya takde sesi ucapan pengetua dan ucapan guru-guru yang lain. Apa-apa pun ia tetap best kerana dapat bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain meraikan tamatnya sesi 2010 yang penuh mencabar.
Isteri & puteri sentiasa menemani...
Abah...Amni nak makan ni leh??....
Sedapnya satey Amni makan...abah nak skit...
Antara juadah yang disediakan..yum,yum...
Menang cabutan bertuah lak Amni..Abah tolong ambik...hehe..
Gambar bersama rakan seperjuangan...
Tuesday, 16 November 2010
Thursday, 11 November 2010
Saturday, 6 November 2010
Jom Pakat Gi Jalan : Cuti Deepavalli @ Jelajah Bandaraya Melaka
Tarikh : 4 & 5 November 2010
Lokasi : Bandaraya Melaka Maju 2010
Sempena cuti Deepavalli tahun ni, bawa family bercuti di Melaka. Rancangan nak ke Melaka ni asyik tertangguh sahaja sebelum ni..Alhamdulillah tercapai jua akhirnya. Mulanya cam tak jadi jugak sebab hotel belum booking lagi..pagi itu jugak wife aku call hotel. Setelah menghubungi beberapa buah hotel, kami membuat keputusan untuk menginap di Hotel Rainnesain..Alhamdulillah, mujurlah masih ada kosong untuk tarikh yang kami nak pi sana. So, apa lagi bermulalah trip menjelajah Negeri Melaka yang beru dinobatkan sebagai sebuah negeri maju tahun 2010.
HARI PERTAMA ( 4.11.2010 )
Bertolak dari JB jam 12.20 tgh hari dan sampai di Melaka jam 2.30 ptg..so JB - Melaka just mengambil masa 2 jam lebih jer..Dekat je kan..sampai je sana kami terus mencari lokasi Hotel Rainnesain tu yang terletak lebih krg 2 KM dari bandaraya Melaka...Sampai di Hotel kitorang rehat sekejap sambil melihat permandangan Indah bandaraya Melaka. Kebetulan bilik kami menghadap Sungai Melaka yang begitu bersih dan cantik sekarang. Sungai Melaka sekarang telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang hadir kerana ia menyediakan perkhidmatan River Cruise yang akan menyusuri sungai Melaka. Setelah 2 jam berehat, penjelajahan kami bermula. Tempat yang mula-mula ditujui ialah Dataran Pahlawan sebab kat situ banyak tempat parking. Tempat parkingnya menggunakan kupon, so kenalah beli kupon dulu. Dataran ini berhampiran dengan Menara Taming Sari dan Pahlawan Mall serta Mahkota Parade. Jadi pada hari ini kami merancang untuk melawat Muzium Samudera terlebih dahulu..
Di hadapan Menara Taming Sari yang berhampiran dengan tempat aku parking kereta.
Muzium Samudera....
HARI KE-2 ( 5.11.2010 )
Hari ke-2 aku melawat A Famosa & Memorial Kemerdekaan Negara kita. Bagi aku tak lengkap lawatan ke Melaka jika tak melawat tempat bersejarah ini. Bila berada di hadapan A Famosa, aku teringatkan kisah Portugis Menawan Melaka pada tahun 1511 dan bila aku berada di hadapan Memorial Kemerdekaan, aku dapat merasakan aku sedang berada di perhimpunan di mana tarikh kemerdekaan negara diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman sekembalinya rombongan beliau dari London. Di sinilah tempatnya...Ini menambahkan lagi pengalaman dan ilmu pengetahuanku terhadap Sejarah Negara kita dan akan aku sampaikan ilmu ini kepada para pelajarku untuk mata pelajaran Sejarah dengan lebih mendalam.
Memorial Kemerdekaan Negara
A Famosa
Terserempak pula aku ngan bekas Menteri Luar, Datuk Sri Syed Hamid Albar dan family..
Dalam Memorial..
View dari hotel...Kebetulan ada Monorel yang baru mula beroperasi bergerak menyusuri Sungai Melaka..Lain kali bila datang sini, naik monorel laa plak...
Sunday, 10 October 2010
Jom Pakat Gi Jalan : Amni @ Putri Harbour, Nusajaya
Tarikh : 10 Oktober 2010
Lokasi : Putri Harbour, Kota Iskandar, Nusajaya
Cuti camni seronok bawa Amni pi jalan-jalan. Amni pun apa lagi sampai je sini terus taknak dukung dah. Terus nak jalan sendiri, bila dihulur untuk dipimpin, bukannya dia mahu, nak berdikarilah katakan. Tempat ni sesuai untuk hilangkan tension dan rehatkan minda. Juga sesuai untuk aktiviti riadah sesi keluarga. Masa datang sini, ada la 2, 3 pasang pengantin baru ngah posing, bersama juru kameranya.
Sampai je sini, terus taknak dukung dah ngan abah dia..dah pandai jalan la katakan.
Bila abah dia cakap "Good"...camnilah dia akan buat...nak kata semangat 1 Malaysia pun bleh jugak.
Amni...tengok sini..
Sukanya dapat jalan-jalan...nanti abah bawak lagi yer..itulah agaknya yang difikirkan...:)
Waaaa.......seronoknya...
Ewah...skemanya gaya...cam nak ambil gambar pasport pun ada amni ni... posing bersama ibu.
Berposing ngan abah plak...
Friday, 17 September 2010
Meh Pakat Gi Jalan : On Da Way Balik Besut
Tarikh : 14 Sep. 2010
Lokasi : View sepanjang balik Besut
Ni pula view pantai Merang yang aku ambil setibanya aku di kawasan Kg. Rhu 10, Merang, Setiu
Lagi gambar pantai Merang..kalau bernasib baik leh tgk orang main kapal layar kat sini, tapi masa aku berhenti ni, takde laa plak..takpe laa..
Orang umah aku cakap alang-alang berhenti kat Rhu 10 ni, tak sah kalau tak pekena Sotong Celup Tepung. Rhu 10 ini mmg terkenal dengan Sotong Celup Tepung ni..
Sambil-sambil tunggu makanan....tangan ni gatal nak snap gambar...
Makanan dah sampai...menu hari ini Sotong & Udang Celup Tepung bersama dengan air kelapa..Air kelapa aku ni special skit..sbb dicampur dengan susu..best tu..
Sotong yang segar dicelup dengan tepung & digoreng sehingga rangup dan dimakan bersama dengan sos cili...sehingga menjilat jari.
Dah sampai dah....
Keretaku pun dah selamat masuk parking..Ok..jumpa lagi...
Lokasi : View sepanjang balik Besut
Hari ini aku bertolak balik umah mertua aku plak setelah 3 hari di umah mak ayah aku di Manir. So sepanjang perjalanan aku ambik laa beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Di sebelah ni merupakan view lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang tersergam indah dengan senibina yang unik melambangkan warisan tradisional terengganu. Ini salah satu daya tarikan pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Sori la yer, gambar kurang jelas kerana terlalu jauh di hujung sana..sanggup aku berenti jap di tepi jalan semata-mata nak ambil gambar ni...hehehe..
Ni pula view pantai Merang yang aku ambil setibanya aku di kawasan Kg. Rhu 10, Merang, Setiu
Lagi gambar pantai Merang..kalau bernasib baik leh tgk orang main kapal layar kat sini, tapi masa aku berhenti ni, takde laa plak..takpe laa..
Orang umah aku cakap alang-alang berhenti kat Rhu 10 ni, tak sah kalau tak pekena Sotong Celup Tepung. Rhu 10 ini mmg terkenal dengan Sotong Celup Tepung ni..
Sambil-sambil tunggu makanan....tangan ni gatal nak snap gambar...
Makanan dah sampai...menu hari ini Sotong & Udang Celup Tepung bersama dengan air kelapa..Air kelapa aku ni special skit..sbb dicampur dengan susu..best tu..
Sotong yang segar dicelup dengan tepung & digoreng sehingga rangup dan dimakan bersama dengan sos cili...sehingga menjilat jari.
Dah sampai dah....
Keretaku pun dah selamat masuk parking..Ok..jumpa lagi...
Monday, 13 September 2010
Perjumpaan Bekas Pelajar SK Beladau Kolam & Sambutan Hari Raya
Tarikh : 12 September 2010 ( 3 Syawal 1431 )
Lokasi : SK Beladau Kolam
Raya ketiga disambut di SK Beladau Kolam sempena perjumpaan bekas pelajar SK Beladau Kolam serta penubuhan ALUMNI SK Beladau kolam. Ia dihadiri lebih kurang 150 orang. Walaubagaimanapun, batch aku cuma aku seorang sahaja. Tapi takpe sekurang-kurangnya ada jugak wakil..hehehe...Bila melihat kepada prestasi sekolah rendah aku ni, bangga jugak rasanya sebab sekarang sekolah aku ini merupakan sekolah rendah yang terbaik di daerah Kuala Terengganu dan pernah menjadi sekolah cemerlang peringkat kebangsaan. tahniah aku ucapkan kepada pengurusan sekolah ini. Teruskan usaha.
Sebelum acara, kita makan dulu..sila-sila...
Antara bekas pelajar yang hadir....
Antara pelajar darjah 6 yang hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh bekas pelajar...
Acara makan lagi....
Antara orang kuat & bekas pelajar dan berjaya dalam kerjaya masing-masing...ada yang dah bergelar datuk..
Tahniah di atas kejayaan sekolah...bangga jugak aku...
ronda-ronda kawasan sekolah...cantik jugak kolam ni...
Isteri aku berposing di hadapan taman sains..katanya nak buat contoh untuk taman sains di sekolah nanti..
Kitar semula..tajaan Bank Islam Berhad...

Subscribe to:
Posts (Atom)