Sunday, 6 February 2011

Kembali ke JB...

Tarikh : 05/02/2011 (Sabtu)

Aku bertolak dari umah jam 10.15 pagi bergerak ke Johor Bahru bagi meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Sepanjang perjalanan, keadaan trafik adalah bergerak lancar dan jumlah kenderaan di jalan raya pun tak la banyak sangat seperti yang disangkakan. Maklumlah time2 cuti sekolah sempena perayaan ni biasanya jalan akan sesak dengan kenderaan. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan Mersing untuk pulang ke Johor Bahru kerana bimbang kot-kot jalan Segamat tak diapat dilalui kerana bencana banjir. Tapi risau jugak sebenarnya takut Jalan Kota Tinggi tak boleh lalu sebab sebelum ni dilaporkan dinaiki air juga. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang bencana alam yang berlaku. Cuaca pun baik sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan itu, aku berhenti di beberapa tempat untuk berehat, makan & solat. Semasa berhenti solat di Masjid Kg. Nenasi, Pekan, Pahang, kelihatan beberapa ekor unta dipelihara di situ. Mungkin ia dibeli oleh pihak masjid untuk disimpan bagi ucara Korban masa raya haji nanti kot. Ramai jugak la yang mengambil gambar kenangan bersama unta-unta itu termasuklah aku..hehehe...maklumla, bukan senang nak tgk unta secara live depan mata..bukan leh jumpa di mana-mana..Perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 10 jam dan aku selamat sampai di Jb jam 8.20 mlm. Alhamdulillah...ok, jumpa lagi..

Budak-budak sedang beri makan pada unta

Posing makhluk Tuhan bernama unta

Unta di Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...