Tuesday, 8 February 2011

Bahan Sumber untuk Elemen 1 Kerja Kursus Sejarah 2011

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat para pelajar sekalian,

Di sini cikgu lampirkan beberapa buah buku & majalah serta sumber internet yang boleh digunakan oleh para pelajar sebagai bahan sumber untuk elemen 1 dan digunakan sebagai isi kajian Kerja Kursus Sejarah 2011 yang berkaitan dengan institusi pentadbiran tempatan. Harap dapat membantu kalian semua...Jumpa lagi.

Sumber Internet ( PBT di Johor)

http://www.mbjb.gov.my/web/guest/home
http://www.mpjbt.gov.my/web/guest/home
http://www.mpkulai.gov.my/web/guest/home

Sumber Internet ( Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah)

http://www.felda.net.my/feldav2/home
http://www.felcra.com.my/home
http://www.kejora.gov.my/web/guest/home
http://www.ketengah.gov.my/web/guest/home

Contoh sumber Buku Ilmiah


Buku ilmiah yang mempunyai maklumat tentang FELDA & FELCRA



















Buku Ilmiah yang mempunyai maklumat tentang PBT



























Contoh Sumber Majalah

Majalah holistik yang ada mempunyai maklumat tentang PBT di Negeri Johor

Sunday, 6 February 2011

KERJA KURSUS SEJARAH (21/2) TAHUN 2011

Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 @ Calon PMR 2011,

Tajuk kerja kursus sejarah Tahun 2011 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. Tempoh pelaksanaannya ialah bermula Februari - Julai 2011. Di sini dilampirkan Tajuk Kerja Kursus (format .pdf) untuk dimuat turun dan dicetak oleh para pelajar sebagai rujukan.

Kerja_kursus_sejarah_2011

Kembali ke JB...

Tarikh : 05/02/2011 (Sabtu)

Aku bertolak dari umah jam 10.15 pagi bergerak ke Johor Bahru bagi meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Sepanjang perjalanan, keadaan trafik adalah bergerak lancar dan jumlah kenderaan di jalan raya pun tak la banyak sangat seperti yang disangkakan. Maklumlah time2 cuti sekolah sempena perayaan ni biasanya jalan akan sesak dengan kenderaan. Aku mengambil keputusan untuk melalui jalan Mersing untuk pulang ke Johor Bahru kerana bimbang kot-kot jalan Segamat tak diapat dilalui kerana bencana banjir. Tapi risau jugak sebenarnya takut Jalan Kota Tinggi tak boleh lalu sebab sebelum ni dilaporkan dinaiki air juga. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang bencana alam yang berlaku. Cuaca pun baik sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan itu, aku berhenti di beberapa tempat untuk berehat, makan & solat. Semasa berhenti solat di Masjid Kg. Nenasi, Pekan, Pahang, kelihatan beberapa ekor unta dipelihara di situ. Mungkin ia dibeli oleh pihak masjid untuk disimpan bagi ucara Korban masa raya haji nanti kot. Ramai jugak la yang mengambil gambar kenangan bersama unta-unta itu termasuklah aku..hehehe...maklumla, bukan senang nak tgk unta secara live depan mata..bukan leh jumpa di mana-mana..Perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 10 jam dan aku selamat sampai di Jb jam 8.20 mlm. Alhamdulillah...ok, jumpa lagi..

Budak-budak sedang beri makan pada unta

Posing makhluk Tuhan bernama unta

Unta di Malaysia

Thursday, 3 February 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina
















Di kesempatan ini, saya & keluarga ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU CINA" kepada kenalan dan para pelajar kaum cina yang menyambutnya. Semoga kalian berada dalam keadaan yang bahagia bersama keluarga tercinta...Gong Xi Fai Cai..

Jom Pakat Gi Jalan-Jalan : Trip Ke LA Hot Spring (Kolam Air Panas Kg. LA)

Tarikh : 02 Februari 2011 (Rabu)
Masa : Bermula jam 10.00 pagi

Sempena cuti sekolah macam ni la ada peluang untuk bawa keluarga berjalan-jalan dan melancong. So, distinasi pelancongan hari ini ialah Kolam Air Panas Kampung La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring. Destinasi ini terletak kira-kira 25 KM dari bandar Jerteh, Besut, Terengganu.

Selain daripada keluarga aku, aku ke sini juga bersama-sama member-member dari Kota Bharu, Kelantan yang belum pernah sampai ke sini. Bayaran masuk ke LA Hot Spring adalah sekadar RM2 sahaja untuk satu kereta. Ok la tu kan..lagipun bayaran itu adalah untuk sumbangan bagi menaik taraf tempat pelancongan tersebut supaya lebih memberi keselesaaan kepada pengunjung yang datang. Ketika aku sampai di sana, kelihatan ramai juga pengunjung lain yang tiba lebih awal dan bilangannya boleh dikatakan ramai berbanding hari biasa, maklumlah musim cuti sekolah agaknya.

Kolam air panas ini menjadi tumpuan kerana  air panas yang terdapat di situ adalah air panas yang asli yang keluar dari dalam tanah. Kepanasannya adalah boleh mencecah kira-kira 80 darjah calcius. Ramai juga yang datang ke situ semata-mata untuk merendam kaki mereka kerana dikatakan boleh melancarkan peredaran darah. Bagi aku tempat ini bagus untuk merehatkan minda dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan tahap kesihatan selain dapat berkelah bersama-sama keluarga. Kemudahan asas yang disediakan di sini juga mencukupi dengan adanya tandas awam, bilik persalinan, surau, gerai makan dan tempat letak kenderaan. Jalan raya ke sini juga dalam keadaan yang baik dan telah dinaik taraf..ala-ala macam highway dah sekarang jalannya. So, kalau anda semua perlukan satu tempat yang nyaman, jauh dari kesibukan kota dan pencemaran alam, ini merupakan salah satu tempat yang baik dan menarik boleh dilawati bersama seisi keluarga....jumpa lagi.

Kolam Air Panas..Untuk kesihatan








Punca air panas dari dalam tanah


















Kolam Air panas..











Air terjun dari kawasan air panas ke kawasan sungai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...