Lokasi : View sepanjang balik Besut
Hari ini aku bertolak balik umah mertua aku plak setelah 3 hari di umah mak ayah aku di Manir. So sepanjang perjalanan aku ambik laa beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Di sebelah ni merupakan view lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang tersergam indah dengan senibina yang unik melambangkan warisan tradisional terengganu. Ini salah satu daya tarikan pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Sori la yer, gambar kurang jelas kerana terlalu jauh di hujung sana..sanggup aku berenti jap di tepi jalan semata-mata nak ambil gambar ni...hehehe..
Ni pula view pantai Merang yang aku ambil setibanya aku di kawasan Kg. Rhu 10, Merang, Setiu
Lagi gambar pantai Merang..kalau bernasib baik leh tgk orang main kapal layar kat sini, tapi masa aku berhenti ni, takde laa plak..takpe laa..
Orang umah aku cakap alang-alang berhenti kat Rhu 10 ni, tak sah kalau tak pekena Sotong Celup Tepung. Rhu 10 ini mmg terkenal dengan Sotong Celup Tepung ni..
Sambil-sambil tunggu makanan....tangan ni gatal nak snap gambar...
Makanan dah sampai...menu hari ini Sotong & Udang Celup Tepung bersama dengan air kelapa..Air kelapa aku ni special skit..sbb dicampur dengan susu..best tu..
Sotong yang segar dicelup dengan tepung & digoreng sehingga rangup dan dimakan bersama dengan sos cili...sehingga menjilat jari.
Dah sampai dah....
Keretaku pun dah selamat masuk parking..Ok..jumpa lagi...