Saturday, 14 August 2010
Balik Kampung....
Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak aku di kampungku di terengganu setelah 9 jam perjalanan dari Johor Bahru. Sampai jer di rumah aku disambut riang oleh adik-adikku yang sememangnya menanti kepulanganku kerana ingin berjumpa dengan anak saudara mereka (anakku). Keadaan trafik adalah lancar dan tidak begitu banyak kereta. Mungkin kerana ketika ini bukannya cuti sekolah atau cuti perayaan. Akan tetapi yang menjadi cabaran kepadaku ialah rasa penat dan mengantuk yang menemaniku sepanjang perjalanan. Dah pelbagai cara dah aku buat untuk hilangkan mengantuk. Makan gula-gula, minum power root, menyanyi, mengaji semua aku dah buat tetapi masih tidak berjaya menghilangkan rasa mengantuk. Yang peliknya, setibanya aku di kawasan kampungku, mengantuk tu terus hilang ngan tiba-tiba. Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah Taala apabila telah selamat sampai di kampungku...."Selamat Berpuasa".
Wednesday, 11 August 2010
Kembali menjalankan tugas di bulan Ramadhan..
Besok bermula semula hari bekerja...Ikhlaskan hati bekerja di bulan Ramadhan..banyakkan amal makruf dan jauhi kemungkaran...Semoga segala aktiviti yang berjalan semasa bulan yang mulia ini dilaksanakan di dalam keadaan tenang dan semoga mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T....Insya Allah..Permudahkanlah urusanku Ya Allah...Ameen.
Jom pi Solat Terawih...
Masa untuk solat Isyak & terawih..Jom...
Kelebihan Bulan Ramadhan
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
Alahai SEJARAH....
Kesemua kertas peperiksaan Sejarah Percubaan PMR telah ku tanda...Alhamdulillah, adalah sedikit peningkatan dari segi bilangan yang lulus. Bagi aku, soalan percubaan PMR kali ini adalah jauh lebih senang berbanding soalan pertengahan tahun. Ada di antaranya telah pun dibincang di dalam kelas. Akan tetapi masih ramai pelajar yang belum menguasai dan ingat fakta yang telah dipelajari itu...Itu yang menyedihkan aku..telah aku ulang beberapa kali Sejarah ialah subjek yang perlukan pembacaan dan pemahaman..Jika pelajar tidak membacanya, bagaimana pelajar nak mengingati fakta yang ada di dalam buku Sejarah?...Alasan tidak faham adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana telah ku ulangi beberapa kali, jika ada soalan atau fakta atau perkataan yang tidak difahami, silalah berjumpa denganku...aku sedia membantu sehingga pelajar faham isi tersebut..Malangnya tidak ramai yang berbuat demikian seolah-olah mereka sudah begitu pandai dan faham. Tetapi apabila mereka diuji di dalam peperiksaan, keputusan yang menyedihkan telah ku terima daripada pelajar. Susah sangat ke nak LULUS Sejarah?...Bagi ku "Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih"...Jika pelajar faham apa yang aku jelaskan di dalam kelas tentang cara untuk LULUS Sejarah, dan mereka berusaha untuk melakukannya..aku yakin mereka akan berjaya untuk LULUS SEJARAH...Yang penting ialah mereka perlu faham ceritanya dan rajin menjawab soalan...Aku harap pelajar akan sedar selepas ini, dan aku akan terus berusaha untuk menjadikan mereka semua LULUS dalam SEJARAH...Insya Allah..
Hari Pertama Puasa..
Hari ini 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H adalah hari pertama aku berpuasa pada tahun ini. Sehubungan dengan itu juga, Negeri Johor menjadikan 1 Ramadhan ini sebagai cuti umum pulak...Bolehlah berehat skit..tapi bukannya tido sampai nak buka pose baru bangun k..berehat sambil melayan telatah anak kecilku dan memikirkan nak makan apa untuk juadah berbuka puasa nanti...hehehe..maklumlah hari pertama...apa-apa pun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa kepada semua muslimin dan muslimat...Semoga Puasa kita pada tahun ini lebih diberkati olehNya..Ameen...
Subscribe to:
Posts (Atom)