Saturday, 27 August 2011

balik kampung hari raya

Alhamdulillah..aku dah selamat sampai ke kampung halaman utk cuti berhari raya..banyak betul kereta di jalan raya..pemanduan perlukan tahap fokus yg maksimum time2 camni..kepada yg dlm perjalanan tu, hati2 di jalan raya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 22 August 2011

Minggu mood raya

Minggu ni minggu last persekolahan sblm cuti berhari raya..so kiranya minggu ni dlm mood nak raya la agaknya utk semua pelajar dan guru..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 19 May 2011

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011 : CARA PELAKSANAAN ELEMEN 3

Di sini dilampirkan cara pelaksanaan / penghasilan Elemen 3 untuk rujukan para pelajar semua. Semoga dapat membantu kalian.

Untuk muat turun fail, Sila klik di sini.

"Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun"

Tuesday, 10 May 2011

FORMAT ELEMEN 2 KERJA KURSUS SEJARAH 2011

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Kepada semua pelajar Tingkatan 3, di sini cikgu lampirkan format penyediaan Elemen 2 untuk rujukan kamu semua...Selamat Berjuang...

Sila muat turun fail di bawah ini :
Format Elemen 2 Kerja Kursus Sejarah 2011 

Tuesday, 15 March 2011

Balik Kampung di Sungai Tong

Dah lama tak update blog ni...sibuk kebelakangan ini menyebabkan kerja mengemaskini tergendala seketika..So, cuti sekolah yang ada ini digunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk kemaskini blog ni. Sempena cuti sekolah ini, aku ambil kesempatan melawat Ki @ Mok di Sungai Tong..yelah, bukan selalu balik kampung ni..time2 camnilah je la aku berkesempatan melawat diorang..Di samping tu jugak aku ambik kesempatan mengunjungi umah baru pak sedara aku jugak yang tak berapa jauh dari situ..

Beli kuih dulu...
Di umah Ki - Sungai Tong
Disambut oleh kucing ini yang kerinduan tuannya..
Sempat lagi keluarkan peluh sekejap..
hidangan kuih muih tradisional tempatan..sila menjamu selera
Di rumah pak sedara - Ayah Im
Belum pernah sampai sini sebelum ni

Airil - sepupuku

Tuesday, 8 February 2011

Bahan Sumber untuk Elemen 1 Kerja Kursus Sejarah 2011

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia buat para pelajar sekalian,

Di sini cikgu lampirkan beberapa buah buku & majalah serta sumber internet yang boleh digunakan oleh para pelajar sebagai bahan sumber untuk elemen 1 dan digunakan sebagai isi kajian Kerja Kursus Sejarah 2011 yang berkaitan dengan institusi pentadbiran tempatan. Harap dapat membantu kalian semua...Jumpa lagi.

Sumber Internet ( PBT di Johor)

http://www.mbjb.gov.my/web/guest/home
http://www.mpjbt.gov.my/web/guest/home
http://www.mpkulai.gov.my/web/guest/home

Sumber Internet ( Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah)

http://www.felda.net.my/feldav2/home
http://www.felcra.com.my/home
http://www.kejora.gov.my/web/guest/home
http://www.ketengah.gov.my/web/guest/home

Contoh sumber Buku Ilmiah


Buku ilmiah yang mempunyai maklumat tentang FELDA & FELCRA



















Buku Ilmiah yang mempunyai maklumat tentang PBT



























Contoh Sumber Majalah

Majalah holistik yang ada mempunyai maklumat tentang PBT di Negeri Johor

Sunday, 6 February 2011

KERJA KURSUS SEJARAH (21/2) TAHUN 2011

Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 @ Calon PMR 2011,

Tajuk kerja kursus sejarah Tahun 2011 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. Tempoh pelaksanaannya ialah bermula Februari - Julai 2011. Di sini dilampirkan Tajuk Kerja Kursus (format .pdf) untuk dimuat turun dan dicetak oleh para pelajar sebagai rujukan.

Kerja_kursus_sejarah_2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...